UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :QC Physics
Main Author :Mohd Noor Badlilshah Abdul Kadir
Title :Analisis sikap terhadap pembelajaran fizik dan hubungannya dengan pencapaian dalam kalangan pelajar pra universiti di sebuah kolej matrikulasi (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2016
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan menganalisis sikap pelajar terhadap pembelajaran Fizik dan hubungannya dengan pencapaian. Kajian juga menentukan perbezaan sikap terhadap pembelajaran dan pencapaian Fizik mengikut jantina. Tiga dimensi sikap yang dikaji ialah minat dalam metakognisi, pembelajaran Fizik dan aplikasi Fizik. Rekabentuk penyelidikan kuantitatif dengan kaedah tinjauan dipilih bagi menjawab soalan kajian dan menguji hipotesis. Responden adalah seluruh pelajar aliran sains Kolej Matrikulasi Selangor seramai lima ratus sepuluh orang yang mengambil Fizik. Daripada jumlah tersebut sebanyak tiga ratus soal selidik berjaya dikutip semula. Soal selidik Sikap Terhadap Pembelajaran Fizik (STPF) yang mengandungi enam belas item telah digunakan sebagai alat ukur sikap terhadap pembelajaran Fizik. Statistik deskriptif digunakan bagi melihat min, kekerapan dan peratusan manakala statistik inferensi menggunakan ujian korelasi separa Pearson-r, ujian regresi, dan ujian-t sampel bebas digunakan bagi menguji hipotesis. Kajian mendapati sikap responden berada dalam profil peralihan, iaitu antara pakar dan novis. Secara khususnya, responden didapati mempunyai sikap yang mirip novis dalam dimensi aplikasi Fizik. Data kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara sikap terhadap pembelajaran Fizik dengan pencapaian Fizik. Sikap terhadap pembelajaran Fizik juga menyumbang secara signifikan terhadap pencapaian Fizik. Selain itu, terdapat perbezaan yang signifikan tentang sikap terhadap pembelajaran Fizik antara pelajar lelaki dengan perempuan. Sebagai kesimpulan, walaupun responden mempunyai sikap yang mirip pakar, namun pada masa yang sama mereka juga masih mempunyai sikap yang mirip novis bagi sesetengah aspek sikap terhadap pembelajaran Fizik yang lain. Sikap terhadap pembelajaran Fizik yang mirip pakar dijangka dapat meningkatkan pencapaian Fizik kerana terdapat hubungan yang positif antara sikap dengan pencapaian Fizik. Implikasinya ialah pengajaran Fizik seharusnya menekankan pembinaan sikap terhadap pembelajaran Fizik yang mirip pakar.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)